Jenis-Jenis Kapal, Kapal Kargo, Kapal Tangki Minyak, Kapal Angkut Pukal, Kapal Kontena, Kapal Angkat Gas Cecair, Kapal Penumpang,

Jenis-jenis Kapal


Pendahuluan


Semenjak perang dunia kedua, bentuk dan sains kapal telah mengalami perubahan pesat hasil daripada kewujudan teknologi baru dalam reka bentuk dan fabrikasi. Antara teknologi yang dimaksudkan ialah penggunaan komputcr dalam proses mereka bentuk sebuah kapal, proses pengeluaran yang menggunakan kaedah automatik, proses fabrikasi serta penegakan yang lebih bersistem, dan sistem pengangkutan yang mempunyai keupayaan yang lebih tinggi.


Dengan lahirnya beberapa teknologi baru ini, beraneka jenis kapal telah dihasilkan untuk mcmenuhi keperluan ekonomi yang senantiasa meningkat. Jenis-jenis yang ada kini boleh dibahagikan pada beberapa kelas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.


Rajah 1.1   Pembahagian Jeois Kapal

Kapal direkabenluk untuk bcrgerak sama ada di atas, di bawah atau di permukaan air. Merujuk pada Rajah 1.1, setiap jenis kapal dikelaskan mengikut kaedah sokongan fisikaf.

Sokongan Aerostatik

Kapal jenis ini bergerak di atas permukaan air hasil daripada aruhan kusyen udara. Biasanya, kapal jenis ini adalah ringan dan berupaya mencapai halaju tinggi karena rintangan udara adalah kecil berbanding dengan rintangan air. Ia memerlukan kipas angkut untuk menghasilkan kusyen udara pada tekanan rendah di bahagian bawah kapal. Kusyen udara ini mestilah mencukupi untuk menyokong jisim kapal supaya terangkat sedikit daripada permukaan air.

Sokongan Hidrodinamik

Kapal jcnis ini mcnggunakan prinsip yang sama seperti kapal terbang, Hidrofoil dipasang pada bagian dasar kapal menerusi lupang dan apabila kapal bergerak, salu daya angkal terhasil seperti mana sayap kapal terbang meluncur di udara. Dengan memperolehi sudut luju yang betul. daya angkat akan sama dengan jisim kapal. Ini mcngakibatkan kapal terangkal scdikit daripada pcrmukaan air dan berupaya mencapai halaju tinggi lanpa memerlukan kuasa dan lenaga yang besar.


Sokongan Hidroslatik

Kaedah ini digunakan hampir untuk kesemua kapal dagangan. Kapal jenis ini dirckabentuk mengikut hukum Archimedes yang menyatakan bahwa setiap badan yang tcrsesar di air diapungkan olch satu daya yang sama nilainya dengan Berat badan tersebut.


Walaupun terdapat berbagai jenis alau kelas kapal, perbincangan dalam bagian ini akan dihadkan pada kapal-kapal dagangan seperti kapal kargo, kapal tangki minyak, kapal kontena dan lain-lain yang tcrmasuk dalam kelas kapal sesaran am.

Jenis-jenis Kapal Dagangan


Kapal Kargo


Kapal ini direkabentuk untuk membawa muatan yang berbagai rupa seperti barangan yang diisi dalam guni, kotak, kontena dan bahan-bahan seperti bijiran dan minyak.


Bahagian enjin kapal terletak di burilan dan terdapat tangki dua dasar di antara ceruk haluan dan ceruk burilan untuk diisi dengan minyak bahanapi, air tawar atau air balast. Ruangan kargo dibahagi pada ruangan bawah dan ruangan antara geladak. Laluan masuk dan keluar ke ruangan kargo disediakan menerusi lorong dengan penutupnya diperbuat daripada kayu atau keluli. Derik atau kren disediakan untuk kerja-kerja memunggah kargo.

Kapal Tangki Minyak

Kapal ini digunakan untuk mengangkut minyak atau cecair dalam bentuk pukal. Enjin kapal diletakkan di buritan agar ruangan kargo yang maksimum diperolehi. Ruangan-ruangan kargo dipisahkan oleh sekatan-sekatan membujur dan melintang. Tangki dua dasar hanya diperlukan di bahagian enjin untuk mengisi minyak bahan api dan air tawar.


Rajah 1.7 menunjukkan keratan rentas peminggang sebuah kapal tangki minyak dengan tangki tengah merangkumi separuh daripada lebar kapal.

Kapal Angkut Pukal (aunt OBO)

Kapal ini direka bentuk untuk mengangkut kargo seperti bijih, arang batu, bijiran dan lain-lain. Seperti kapal tangki minyak, kapal ini mempunyai enjin di bahagian buritan. Terdapat tangki dua dasar daripada haluan ke buritan dan tangki sayap yang diisi dengan air balast.
Bagi kargo yang ringan seperti bijiran, ruangan istimewa tidak diperlukan walaupun kadangkala tangki buangan digunakan untuk kemudahan memunggah kargo scdemikian (sama ada dengan cara sedutan atau genggaman).

Kebanyakan kapal angkul pukal direkabcntuk dengan ruangan panjang dan pendek diselang selikan. Ini bertujuan supaya kargo-kargo yang berat bijih besi diletakkan dalam ruangan yang pendek dan kargo-kargo yang ringan seperti bausid diletakkan dalam ruangan yang panjang.

Kapal Kontena

Kos pengangkutan kargo bagi kapat adalah 40% daripada jumlah kos pengendalian kapal tersebut. Kos ini boleh dikurangkan dengan penggunaan kontena yang merupakan kotak-kotak besar yang sama ada diperbuat daripada kayu atau keluli.
Dengan kapal kontena ini, kargo yang dibawa dapat dikawal dengan mudah. Scbanyak 60% daripada kontena dimuatkan di bawah geladak semcntara 40% pula diletakkan di atas geladak.

Kapal Angkat Gas Cecair


Kapal jenis ini direkabentuk untuk membawa gas dalam bcntuk cecair. Kapal ini menggunakan sistem tangki sfera yangditebat dengan aluminium. Kebanyakan kapal sedemikian digunakan untuk mengangkat gas methane yang dicairkan pada suhu di antara -90°C hingga — 162°C dengan tekanan 4.6 MN/m2 berbanding dengan tekanan atmosfera.

Kapal Penumpang

Sesuatu kapal yang membawa lebih dari 12 orang ditakrifkan sebagai kapal penumpang. Ia terdiri daripada bot-bot kecil sehinggalah ke kapal-kapal besar yang kadang-kala disifatkan sebagai hotel-hotel terapung. Kapal jenis ini direkabentuk untuk memberi keselesaan pada penumpang.

Kapal-kapal pcnumpang perlu memenuhi beberapa syarat badan pengkelasan seperti;
(a) keupayaan kapal untuk berkeadaan timbul setelah mengalami kebocoran atau kerosakan,
(b) mempunyai alat-alat keselamalan yang mencukupi dan berkeadaan sempurna,
(c) mempunyai alat-alat mengesan dan memadam api yang sesuai.

Postingan populer dari blog ini

Pengoperasian Radar Navigasi

Pedoman Gasing (Gyro Compass), Hukum-hukum gasing, Kedudukan Gyro-Scope di Bumi

Pendeteksian, Sea – Return (Sea Cluter), Echo Palsu, Pancaran gelombang radio RACON